c

Kelas E-Learning (Poster dan Video Pendek)

30 Mei 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Mei 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning dalam talian bersama peserta Pertandingan Poster dan Video Pendek Klik Dengan Bijak bertemakan Pengurusan Maklumat Covid-19. Kelas ini dijalankan bagi memberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam penghasilan video dan poster bagi pertandingan tersebut.

Dalam kelas ini, para peserta diberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan laman sesawang di Internet bagi menghasilkan poster dan video dengan cara yang mudah, inovatif, dan kreatif. Kelas ini disertai seramai 3 orang peserta. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali